GLOBAL ACE CERTIFICATION BOARD OF GOVERNANCE MEETING 1/2020, CYBERJAYA

 

Pada 6 Disember 2021, CyberSecurity Malaysia telah menganjurkan Mesyuarat Global ACE Certification Board of Governance (BoG) dengan matlamat untuk memastikan pembangunan yang berterusan, kelestarian dan penambahbaikan Skim Global ACE Certification.

Mesyuarat disertai oleh pihak berkepentingan dalam bidang keselamatan siber yang terdiri dari agensi Kerajaan, wakil industri dan universiti awam untuk perbincangan dan hala tuju Skim Global ACE Certification.

Mesyuarat telah dipengurusikan oleh Dato’ Ts. Dr. Haji Amirudin Bin Abdul Wahab, selaku Pengerusi Global ACE Certification dan juga Ketua Pegawai Eksekutif CyberSecurity Malaysia. Dalam mesyuarat tersebut, Ts. Lee Hwee Hsiung, Ketua Jabatan Pembangunan Professional Keselamatan Siber merangkap Pengurus Global ACE Certification membentangkan perlaksanaan dan pencapaian terkini Global ACE Certification.

Melalui penganjuran mesyuarat ini, Global ACE Certification dapat diperkembangkan dan dinaiktaraf dari peringkat nasional dan seterusnya ke peringkat antarabangsa selaras dengan keperluan industri, negara dan antarabangsa.

PERTANDINGAN AKHIR WACANA KESELAMATAN ICT KEBANGSAAN (NICTSeD) 2021, KUALA LUMPUR

 

Pada 7 Disember 2021 telah berlangsung Pertandingan Akhir Wacana Keselamatan ICT Kebangsaan – Piala Cabaran CyberSAFETM 2021 atau NICTSeD 2021. Ia merupakan pertandingan wacana keselamatan ICT tahunan yang diadakan oleh CyberSecurity Malaysia. NICTSeD 2021 disokong oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) melalui Bahagian Sumber dan Teknologi Pendidikan (BSTP) di mana pertandingan ini terbuka kepada pelajar sekolah menengah di seluruh Malaysia.

Pertandingan akhir diadakan secara hybrid dan dirasmikan oleh YB Datuk Zahidi bin Zainul Abidin, Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia Malaysia.

NICTSeD dianjurkan pada setiap tahun dan tahun 2021 merupakan penganjuran kali ke-lapan (8) . Memandangkan negara masih berada dalam situasi pandemik COVID-19, pertandingan akhir NICTSeD 2021 telah dianjurkan secara maya (dalam talian).

Pertandingan Akhir ini telah diwakili oleh tiga (3) buah sekolah iaitu:

  1. SMK Sultan Abu Bakar, Kuantan Pahang
  2. SMK Alor Akar, Kuantan, Pahang
  3. Kolej Tunku Kurshiah, Negeri Sembilan

Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Abu Bakar, Kuantan Pahang telah dinobatkan sebagai juara sekaligus mempertahankan kejuaraan untuk kali-kedua.

Melalui penganjuran NICTSeD 2021, bakat para pelajar dalam kemahiran berkomunikasi, skill penyelidikan serta keupayaan mengupas isu-isu keselamatan ICT dapat dicungkil, di mana ianya penting sebagai persediaan mereka menempuh alam pengajian di universiti.

ASPIRASI KELUARGA MALAYSIA 2021, KUALA LUMPUR

 

Pada 9 hingga 12 Disember 2021, CyberSecurity Malaysia telah mengambil bahagian di dalam program 100 Hari Aspirasi Keluarga Malaysia di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur, Kuala Lumpur.

100 Hari Aspirasi Keluarga Malaysia merupakan acara eksklusif yang dianjurkan bertunjangkan objektif untuk mengetengahkan kejayaan-kejayaan yang telah dicapai sepanjang 100 hari pelaksanaan aspirasi Keluarga Malaysia dalam kepimpinan negara.

Majlis perasmian telah disempurnakan oleh YAB Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob, Perdana Menteri Malaysia. Antara pengisian program pameran oleh Kementerian Komunikasi dan Multimedia Bersama Jabatan serta Agensi nya ialah demo produk dan perkhidmatan manakala CyberSecurity Malaysia pula mempamerkan MyCyberSecurityClinic (MyCSC) serta mengadakan pelancaran telefilem ‘SiberKASA’ oleh YB Menteri KKMM.

Melalui program ini, CyberSecurity Malaysia dapat mempromosi perkhidmatan yang ditawarkan serta memberi kesedaran kepada para pengunjung mengenai kepentingan keselamatan siber.

CYBER SECURITY MALAYSIA – AWARDS, CONFERENCE & EXHIBITION (CSM-ACE) 2021, MENARA CYBER AXIS, CYBERJAYA

 

CyberSecurity Malaysia telah menganjurkan acara tahunan iaitu Cyber Security Malaysia – Awards, Conference & Exhibition (CSM-ACE) 2021 pada 13 hingga 17 Disember 2021 bertempat di Menara Cyber Axis, Cyberjaya.

Penganjuran CSM-ACE kali ke-12 ini mendapat perakuan Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM), dan Pejabat Ketua Pegawai Keselamatan Kerajaan Malaysia.

Acara yang berasaskan kerjasama-awam-swasta ini merangkumi empat (4) komponen utama iaitu Anugerah Keselamatan Siber Malaysia, Persidangan dan Sektor Spesifik serta Pameran Kerjaya. Ia menjadi platform untuk para professional dan pemain industri keselamatan siber berkumpul, bertukar pandangan dan berkongsi idea mengenai teknologi serta isu-isu semasa keselamatan siber. Ia juga menjadi platfom untuk perkembangan jaringan perniagaan serta peluang berkolaborasi dalam kalangan pemain industri keselamatan siber tempatan dan luar negara.

 

Perasmian dan Ucaptama CSM-ACE 2021

Acara Perasmian dan Ucaptama CSM-ACE telah diadakan pada 14 Disember 2021 dan dirasmikan oleh YBhg. Dato' Sri Haji Mohammad bin Mentek, Ketua Setiausaha, Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia yang mewakili YB Menteri KKMM. Hadir sama pada majlis tersebut ialah YABhg. Jeneral Tan Sri Dato' Seri Panglima Mohd Azumi Bin Mohamed (Bersara), Pengerusi Ahli Lembaga Pengarah CyberSecurity Malaysia.

 

Anugerah Keselamatan Siber Malaysia 2021

Anugerah Keselamatan Siber Malaysia mengiktiraf pencapaian profesional keselamatan maklumat, Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) tempatan dan juga organisasi global yang telah menyumbang ke arah pembangunan keselamatan siber dalam landskap ICT Malaysia yang dinamik.

Terdapat enam (6) kategori anugerah pada tahun 2021, iaitu:

1. Profesional Keselamatan Siber Terbaik

2. Organisasi Keselamatan Siber Terbaik

3. Projek Keselamatan Siber Terbaik

4. Inovasi Keselamatan Siber Terbaik

5. Penyedia Jaminan Keselamatan Siber Terbaik, dan

6. Profesional CyberSAFE Terbaik

 

Persidangan CSM-ACE 2021

Persidangan CSM-ACE 2019 berlangsung pada 14 September 2021 melibatkan sesi permbentangan dan perbincangan panel berdasarkan tema CSM-ACE 2021 iaitu “#cybertransform”. Persidangan CSM-ACE 2021 diaanjurkan secara hibrid.

 

Pameran Kerjaya Keselamatan Siber 2021

Acara ini diadakan pada 13 hingga 17 Disember 2021 secara maya. Ianya merupakan satu insiatif dibawah porgam Pemulih bagi membantu golongan yang terjejas akibat Pandemik COVID-19.

Sementara itu, sebanyak Empat (4) acara sektor specifik telah diadakan sepanjang CSM-ACE 2021, antaranya Business Continuity & Disaster Recovery Symposium, Program Galakan Pemerkasaan Keselamatan Siber Malaysia (PGPKS) Kepada PKS, Cisco Cyber Combat Session dan BlockTech Forum 2021.

WEBINAR KEPERLUAN TERHADAP PERSIJILAN-“PEOPLE, PROCESS AND TECHNOLOGY CERTIFICATION: AN INSTRUMENT OF COMPLIANCE”, MENARA CYBER AXIS, CYBERJAYA

 

Pada 23 Disember 2021, CyberSecurity Malaysia telah menganjurkan Webinar Keperluan Terhadap Persijilan- “People, Process and Technology Certification: An Instrument Of Compliance”.

Webinar ini adalah satu inisiatif bagi mengukuhkan tahap kesedaran pengguna dan pemain industri dalam membina ekosistem keselamatan siber yang selamat dan lebih bersiap siaga.

Webinar ini dirasmikan oleh Dato’ Ts. Dr. Haji Amirudin Bin Abdul Wahab, Ketua Pegawai Eksekutif CyberSecurity Malaysia diikuti dengan ucaptama oleh Persuruhjaya Perlindungan Data Peribadi Malaysia, YBrs. Encik Mazmalek Mohamad.

Seramai 75 peserta dari pelbagai organisasi telah menyertai webinar ini. Dua sesi perbincangan panel telah diadakan dengan membincankan tajuk "Memperkukuhkan Ekosistem Keselamatan Maklumat dengan Pematuhan Standard Antarabangsa" dan “How to Achieve Cybersecurity Assurance”.

Melalui penganjuran webinar ini CyberSecurity Malaysia telah dapat memberi kesedaran dan menggalakkan organisasi CNII sektor awam dan swasta menjalani pensijilan untuk meningkatkan keselamatan maklumat bagi perkhidmatan mereka.

MESYUARAT GLOBAL ACE CERTIFICATION PEMBENTUKAN BAB NEGARA (COUNTRY CHAPTER) DENGAN WAKIL CIRT E-GOV BGD (BANGLADESH), MENARA CYBER AXIS, CYBERJAYA

 

Pada 23 Disember 2021, CyberSecurity Malaysia telah menganjurkan Mesyuarat Global ACE Certification Country Chapter dengan Wakil CIRT e-GOV BGD (Bangladesh).

Mesyuarat secara dalam talian ini telah disertai oleh enam orang wakil dari BGD e-GOV CIRT (Bangladesh) dan lima wakil dari CyberSecurity Malaysia. Ia merupakan platform bagi membincangkan pembentukan Global ACE Certification Country Chapter setelah proses permohonan oleh CIRT e-GOV BGD (Bangladesh) diluluskan.

Mesyuarat ini dipengerusikan oleh Pengarah Global ACE Certification, Ts. Dr. Zahri Yunos. Pada sesi tersebut, Ts. Lee Hwee Hsiung, Ketua Jabatan Pembangunan Professional Keselamatan Siber merangkap Pengurus Global ACE Certification telah membuat pembentangan mengenai Pengenalan kepada Pembentukan Global ACE Certification Country Chapter.

Penganjuran mesyuarat ini telah membuka peluang kepada Global ACE Certification untuk melebarkan sayapnya ke peringkat antarabangsa dan mencapai matlamat skim untuk diperkenalkan dan dilaksanakan di negara-negara OIC dan rantau Asia.