MAJLIS PELANCARAN PEMULIH SIBERKASA OJT KICK-OFF DAY, MENARA CYBER AXIS, CYBERJAYA

 

Pada 1 November 2021, telah berlangsung Majlis Pelancaran Pemulih SiberKASA OJT Kick-Off Day, bertempat di Menara Cyber Axis, Cyberjaya.

Majlis diadakan berikutan inisiatif CyberSecurity Malaysia melalui Pemulih SiberKASA: Program Latihan Kemahiran Keselamatan Siber untuk membantu serta melatih golongan sasar yang terkesan akibat penularan pandemik COVID-19 agar mereka dapat meningkatkan kemahiran dan kecekapan dalam bidang keselamatan siber melalui sesi latihan di tempat kerja (on job training).

Selain memberi peluang kerjaya kepada para peserta, program ini juga berupaya menghasilkan tenaga kerja keselamatan siber yang kompeten bagi memenuhi keperluan pelbagai industri malah turut menyokong perkembangan bidang keselamatan siber untuk terus berdaya tahan.

Majlis telah disempurnakan oleh YBhg. Dato’ Ts. Dr. Haji Amirudin Abdul Wahab FASc, Ketua Pegawai Eksekutif, CyberSecurity Malaysia. Seramai 120 rakan industri dan peserta telah menghadiri majlis pelancaran secara fizikal manakala 86 peserta menghadiri secara dalam talian.

MAJLIS MENANDATANGANI MEMORANDUM PERJANJIAN DI ANTARA CYBERSECURITY MALAYSIA & UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA (UiTM) , MENARA CYBER AXIS, CYBERJAYA

 

Pada 8 November 2021, telah berlangsung Majlis Menandatangani Memorandum Perjanjian (MoA) di antara CyberSecurity Malaysia dan Universiti Teknologi Mara (UiTM) secara maya. Tujuan majlis ini diadakan adalah untuk mencapai kerjasama di dalam menyediakan latihan keselamatan siber kepada pelajar-pelajar dan kakitangan UiTM di dalam memahami risiko, ancaman, pendedahan dan amalan terbaik di dalam keselamatan siber.

Majlis ini disempurnakan oleh YBhg. Dato’ Ts. Dr. Haji Amirudin Abdul Wahab FASc, Ketua Pegawai Eksekutif CyberSecurity Malaysia dan YBhg. Profesor Ts. Dr. Hajah Roziah Mohd Janor, Naib Canselor UiTM.

Kerjasama yang dimeterai ini merangkumi peranan dan tanggungjawab kedua belah pihak serta melibatkan pengenalan kepada perkhidmatan pensijilan keselamatan digital dan privasi berdasarkan piawaian dan garis panduan antarabangsa di bawah seliaan Badan Pensijilan Keselamatan Maklumat (Information Security Certification Body). Skop projek dipersetujui menglibatkan penyediaan latihan adalah:

  • Digital Security & Privacy Training
  • Open Source Intelligence Training
  • Behavioural Competency Assessment
  • Red Teaming Exercise

Melalui kerjasama ini, disasarkan seramai 200 peserta akan mengikuti program yang dikenalpasti dan seterusnya berjaya menjadi pakar yang kompeten dalam bidang keselamatan siber. Selain itu, ia juga memastikan supaya aspek penyampaian perkhidmatan dapat ditingkatkan ke tahap yang lebih tinggi melalui proses penambahbaikan yang berterusan dengan menumpukan kepada peningkatan kepakaran modal insan serta memperkukuhkan kemahiran pelajar bagi memenuhi “future job skills demand” seperti dinyatakan dalam World Economic Forum 2030.

PERBINCANGAN KERJASAMA PROGRAM GLOBAL ACE CERTIFICATION DAN MAJLIS PENYERAHAN NOTEBOOK DELL, MENARA CYBER AXIS, CYBERJAYA

 

Pada 15 November 2021, satu sesi perbincangan kerjasama Program Global ACE Certification telah diadakan di CyberSecurity Malaysia.

Sesi perbincangan merangkumi tindakan susulan kedua pihak berkenaan aktiviti penyelidikan dan pembangunan dalam bidang keselamatan siber di antara CyberSecurity Malaysia dan Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM). Bagi tujuan ini, CyberSecurity Malaysia telah menyumbang komputer riba bagi tujuan penyelidikan dan pembangunan di UTHM. Mesyuarat turut membincangkan projek kerjasama CSM-UTHM berkenaan program Global ACE Certification.

CyberSecurity Malaysia diwakili oleh YBrs. Ts Dr Zahri Yunos, Ketua Pegawai Operasi manakala Universiti Tun Hussen Onn Malaysia diwakili oleh Dr Chuah Chai Wen.

Kerjasama ini telah dapat menjalin hubungan kerjasama strategik dan penyelidikan dalam bidang keselamatan siber di di antara kedua-dua pihak.

PERSIDANGAN MALAYSIA FINANCIAL CRIME PREVENTION CONFERENCE 2021 (MFCPC’21), HOTEL EVERLY, PUTRAJAYA

 

Pada 15 hingga 17 November 2021, telah berlangusng Persidangan Pencegahan Jenayah Kewangan Malaysia 2021 (MFCPC’21), bertajuk “Cryptocurrencies in Digital Economy: Digital Crime Opportunity – What Needs to Be Done?” yang merupakan persidangan pencegahan penjenayah kewangan pertama di Malaysia.

Persidangan anjuran bersama CyberSecurity Malaysia dan Pusat Pencegahan Jenayah Kewangan Nasional (NFCC) telah dihadiri oleh seramai 80 peserta daripada 24 agensi penguatkuasaan di Malaysia.

YBhg. Tan Sri Abu Kassim bin Mohamed, Pengerusi Lembaga Penasihat, NFCC telah menyampaikan ucapan dan seterusnya merasmikan persidangan.

Objektif persidangan ini diadakan adalah untuk meningkatkan ilmu pengetahuan dan kemahiran Pegawai Penguatkuasa Undang-Undang di Malaysia selain menjadikan persidangan ini sebagai platform perbincangan kaedah untuk mengurangkan dan mencegah jenayah kewangan dan perbincangan peningkatan polisi, Standard Operating Procedures (SOPs), dan jurang rangka kerja peraturan dalam siasatan jenayah kewangan di Malaysia.

LAWATAN KERJA SERTA PERBINCANGAN KERJASAMA DI ANTARA CYBER SECURITY MALAYSIA DAN UNIVERSITI TEKNIKAL MALAYSIA MELAKA (UTeM), MENARA CYBER AXIS, CYBERJAYA

 

Pada 17 November 2021, satu sesi lawatan serta perbincangan kerjasama di antara CyberSecurity Malaysia dan Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) dalam bidang pembangunan kompetensi dan penyelidikan dalam bidang kripto dan big data analytic telah diadakan di CyberSecurity Malaysia.

Lawatan dari UTeM ini diadakan bertujuan untuk mengadakan perbincangan lebih mendalam tentang bidang keselamatan siber di samping melawat prasarana makmal yang terdapat di CyberSecurity Malaysia. Lawatan telah diketuai oleh YBhg Prof. Datuk Dr. Shahrin bin Sahib bersama delegasi UTeM. Antara perkara yang dibincangkan adalah:

  • Perbincangan UTeMCysCC/Cyber Range
  • GlobalACE - Industry Recognized Micro-Credential program
  • Projek IDEAKU
  • Big Data in Cybersecurity and Forensics

Lawatan kerja ini telah dapat memperkukuhkan lagi kerjasama kedua organisasi dalam bidang keselamatan siber serta mengeratkan hubungan kerjasama yang sedia terjalin di antara CyberSecurity Malaysia dan Universiti Teknikal Malaysia Melaka.

BENGKEL KUMPULAN KERJA FORENSIK DIGITAL, PUTRAJAYA

 

Pada 22 November 2021, CyberSecurity Malaysia telah menganjurkan Bengkel Kumpulan Kerja Forensik Digital di Putrajaya.

Bengkel ini diadakan bertujuan untuk menggabungkan pegawai makmal forensik digital dan juga pegawai penyiasat dari pelbagai agensi penguatkuasaan untuk mereka berkongsi maklumat dalam bidang jenayah siber dan keterangan digital, membincangkan halatuju KKFD serta cabaran-cabaran yang dihadapi oleh setiap agensi.

Seramai 65 peserta dari15 agensi telah hadiri ke bengkel ini. Pelbagai aktiviti telah dijalankan bagi membantu meningkatkan pengetahuan mengenai isu dan pemasalahan forensik digital di Malaysia, antaranya adalah Sesi Plenari "8 Pillars of Forensic Conduct from Crime Scene to Court”, Sesi Perkongsian Ilmu dan juga Mesyuarat Tahunan Kumpulan Kerja Forensik Digital 2021 yang dipengerusikan oleh Superitendan Muhammad Zulkifli bin Mohd Isa dari Polis Diraja Malaysia.

Melalui kerjasama seumpama ini, ia akan memudahkan urusan melindungi rakyat Malaysia dengan mewujudkan persekitaran selamat di dunia siber dari elemen jenayah dan salah laku.

PERSIDANGAN TAHUNAN KE-13 BAGI PASUKAN TINDAK BALAS KECEMASAN KOMPUTER - PERTUBUHAN KERJASAMA ISLAM (OIC-CERT)

 

Pada 23 hingga 24 November 2021, telah berlangsung Persidangan Tahunan Ke-13 Pasukan Tindak Balas Kecemasan Komputer - Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC-CERT) yang diadakan secara dalam talian.

​​​​​Persidangan ini dianjurkan bersama oleh CyberSecurity Malaysia, National CyberSecurity Authority (NCA), Arab Saudi, Sekretariat Tetap OIC-CERT, dan Pasukan Tindak Balas Kecemasan Komputer Oman (OCERT). Acara ini juga merupakan acara bersama antara OIC-CERT dan ITU-Arab Regional Cybersecurity Center.

Pada persidangan tersebut seramai 16 penceramah dan moderator telah membentangkan kertas kerja dan berkongsi idea mengenai isu-isu ancaman siber yang terkini dan para penceramah merupakan golongan pakar dan professional dalam industri keselematan siber. Seramai 545 peserta telah menghadiri sesi persidangan ini.

Persidangan Tahunan Ke-13 OIC-CERT 2021 ini telah memberi faedah dari segi mengeratkan hubungan kerjasama di antara Malaysia dengan negara-negara lain di peringkat antarabangsa serta menonjolkan sumbangan penting dan peranan yang dimainkan oleh Malaysia dalam bidang keselamatan siber kepada negara-negara anggota OIC dan Asia Pasifik.

KOLOKIUM FORENSIK SIBER 2021, HOTEL EVERLY, PUTRYAJAYA

 

Pada 22 November 2021, telah berlangsung Kolokium Forensik Siber 2021 anjuran Persatuan Penyelidikan Forensik Digital yang diadakan secara hybrid.

Kolokium ini bertujuan menyediakan platform perkongsian dalam kalangan ahli akademik dan ahli industri bagi penyelidikan serta pembangunan forensik digital, di mana ia membantu menghasilkan penyelidikan dan pembangunan yang berkualiti tinggi melalui hasil perbincangan bersama ahli forensik digital serta ahli akademik.

Perasmian program telah disempurnakan oleh YBrs. Ts. Dr. Aswami Ariffin, Pengerusi Persatuan Penyelidikan Forensik Digital, dan dihadiri oleh seramai 167 peserta dari pelbagai organisasi. Tajuk pembentangan sepanjang sesi ini berlangsung adalah seperti berikut:

  1. “Standardizing Security Practice in Forensics State Analysis for Compromise Assessment to Rapidly Identify Adversarial Activity or Malicious Logic” oleh Encik Tajul Azhar Mohd Tajul Ariffin, pensyarah di Universiti Kebangsaan Malaysia.
  2. “Facilitating the Development of the Next Generation of Forensic Scientists through Cyber Range Programs” oleh YBrs. Dr. Khairul Akram Zainol Ariffin, pensyarah di Universiti Kebangsaan Malaysia.
  3. “Using Forensic Readiness and AI/ML with IoT Deployment to increase Public Safety in Cyberspace” oleh YBrs. Ir.Ts.Dr Fadhlan Hafizhelmi, Pensyarah dari Universiti Teknologi MARA.

Sementara itu, satu forum turut dilaksanakan pada akhir program bertajuk “Cyber Forensics Innovation in Mitigating Future Sophisticated Attacks”, di mana para panel membincangkan kaedah untuk menangani kecanggihan serangan siber pada masa hadapan melalui inovasi forensik siber.