WACANA KESELAMATAN ICT KEBANGSAAN (NICTSeD) 2021 - WACANA MAYA, MENARA CYBER AXIS, CYBERJAYA

 

Pada 6 hingga 29 Oktober 2021 telah berlangsung Pertandingan Wacana Keselamatan ICT Kebangsaan (NICTSeD) 2021 – Cabaran Piala CyberSAFETM (Wacana Maya) yang melibatkan tiga peringkat iaitu peringkat okto, suku akhir dan separuh akhir melalui aplikasi Youtube LIVE, CyberSecurity Malaysia.

NICTSeD 2021 merupakan edisi ke-lapan (8) dianjurkan secara dalam talian berikutan kepada pandemik COVID-19. Selain menggalakkan pemikiran kritis dan kreatif mengenai isu-isu keselamatan ICT termasuk Internet dan media sosial, pertandingan ini juga dianjurkan bagi mengenalpasti kaedah mengatasi cabaran dan risiko sewaktu melayari Internet dan secara tidak langsung menjadikan murid sekolah dan guru sebagai pengguna Internet yang berilmu.

Sebanyak 75 buah sekolah mewakili negeri di seluruh Malaysia menyertai pertandingan pada tahun ini. Dari jumlah tersebut, 27 buah sekolah telah layak bertanding ke peringkat suku akhir, dan 9 sekolah pula berjaya mara ke pertandingan peringkat separuh akhir.

Tiga buah sekolah telah berjaya melangkah ke peringkat akhir melalui pertandingan yang akan diadakan pada 7 Disember 2021 Tiga sekolah tersebut adalah:

  1. Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Abu Bakar, Kuantan Pahang
  2. Sekolah Menengah Kebangsaan Alor Akar, Kuantan, Pahang; dan
  3. Kolej Tunku Kurshiah, Negeri Sembilan

Syabas diucapkan kepada semua peserta yang telah menyertai NICTSeD 2021 serta setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada ketiga-tiga sekolah yang layak ke pertandingan akhir NICTSeD 2021.