PERSIDANGAN TEKNIKAL TAHUNAN KE-15 BAGI CSIRT NEGARA SEDUNIA , CYBERJAYA

 

Pada 9 Disember 2020, CyberSecurity Malaysia telah menyertai Persidangan Teknikal Tahunan Ke-15 bagi Pasukan Tindakbalas Insiden Keselamatan Komputer (CSIRT) Negara Sedunia anjuran National CSIRT (NatCSIRT) secara dalam talian.

Persidangan yang dihadiri oleh wakil dari CSIRT nasional yang diiktiraf ini menjadi platform perbincangan dan perkongsian tentang isu, peralatan dan kaedah CSIRT Nasional yang terkini.

Farah binti Ramlee, Juruanalisa Pasukan Tindak Balas Kecemasan Komputer (MyCERT) telah mewakili CyberSecurity Malaysia dan membuat pembentangan bagi perkongsian maklumat mengenai tentang “COVID-19: Kajian Kes Malaysia semasa Perintah Kawalan Pergerakan (MCO)”.

Melalui persidangan ini, CyberSecurity Malaysia telah dapat mengetengahkan langkah-langkah yang diambil oleh pihak Malaysia bagi menangani ancaman siber berkaitan isu COVID-19 serta mengangkat nama Malaysia di arena antarabangsa.

MESYUARAT GLOBAL ACE CERTIFICATION BOARD OF GOVERNANCE 1/2020, CYBERJAYA

 

Pada 22 Disember 2020, CyberSecurity Malaysia telah menganjurkan Mesyuarat Global ACE Certification Board of Governance untuk mengawasi operasi, menegakkan kualiti, memastikan pembangunan yang berterusan, kelestarian dan penambahbaikan Skim.

Mesyuarat disertai oleh Ahli Jawatankuasa Lembaga Pemerintahan dan wakil dari 14 organisasi terlibat untuk perbincangan dan hala tuju.

Ts. Lee Hwee Hsiung, Ketua Jabatan Pembangunan Professional Keselamatan Siber merangkap Pengurus Global ACE Certification membentangkan perlaksanaan dan pencapaian terkini Global ACE Certification.

Melalui mesyuarat ini, Global ACE Certification dapat dikembangkan dan dinaiktaraf dari peringkat nasional dan seterusnya ke peringkat antarabangsa dengan kerjasama dan sokongan pelbagai pihak terlibat.