CyberSecurity Malaysia menerima lawatan dari pelbagai pihak, di mana delegasi rombongan diberi taklimat serta penerangan mengenai fungsi dan peranan CyberSecurity Malaysia. Selain itu, delegasi turut dipertontonkan dengan tayangan video korporat dan dibawa melawat Makmal Keselamatan Siber yang terdapat di CyberSecurity Malaysia.

Berikut adalah senarai lawatan yang diterima sepanjang suku keempat 2020:-

No Tarikh Lawatan Organisasi
1 10 November 2020 Lawatan Rasmi
YBhg. Dato’ Sri Haji Mohammad Bin Mentek
Ketua Setiausaha, Kementerian Komunikasi Dan Multimedia Malaysia
2 18 November 2020 Lawatan Kerja
YBhg. Dato’ Seri Haji Mustafar Bin Haji Ali
Ketua Pengarah, Pusat Pencegahan Jenayah Kewangan Jabatan Perdana Menteri