Intelliweb edar produk kawalan keselamatan ICT
By Hizral Tazzif Hisham
27th November 2001 (Berita Harian)

INTELLIWEB Sdn Bhd (ISB), anak syarikat ivoli Sdn Bhd (ivoli) menandatangani perjanjian dengan Business Security, syarikat yang berpangkalan di Sweden untuk mengedarkan produk kawalan keselamatan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) terkini iaitu SBLH 256 bit enkripsi di negara ini, Brunei dan Singapura.

Pengurus Produk ivoli, Harun Shawal, berkata kelebihan teknologi enkripsi SBLH 256 bit ialah organisasi dapat menguruskan data dan maklumat sulit lebih berkesan terutamanya syarikat teknologi maklumat, perbankan, hospital dan jabatan kerajaan.

Kebanyakan syarikat di rantau ini menggunakan teknologi enkripsi SBLH 180 bit yang mana walaupun rendah berbanding SBLH 256 bit masih kukuh dan sukar dipecahkan kodnya,Ó katanya dalam kenyataan kepada akhbar yang dikeluarkan di Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Antara produk yang akan di perkenalkan ialah SecurityFax (keselamatan komunikasi menggunakan faks), SecuriVoice (keselamatan komunikasi suara), SecuritiCrypto (komunikasi data), KeyBase (keselamatan kekunci), SecuritoModem (modem), SecuriWan (keselamatan sistem rangkaian setempat) dan SecuriISDN (ISDN).

Beliau berkata, produk yang diperkenalkan itu dapat memastikan keselamatan ketika melakukan urus niaga menggunakan perdagangan elektronik serta menyelesaikan masalah pengumpulan, prestasi, konfigurasi dan pengurusan maklumat syarikat.