Standard keselamatan data dari SIRIM
20th March 2003 (Utusan Malaysia)

PERKEMBANGAN teknologi komputer yang mendorong pelbagai maklumat perlu disimpan dengan kaedah terbaik memerlukan standard yang boleh diikuti oleh syarikat-syarikat tempatan dalam menjamin keselamatan data tersebut.

Bagi memberi peluang kepada syarikat tempatan melaksanakan kaedah perlindungan data terbaik, SIRIM Berhad telah memperkenalkan sijil bagi mencapai standard tersebut.

Sebagai permulaan, SIRIM QAS International Sdn. Bhd. dengan menjalin kerjasama Pusat Keselamatan dan Tindak Balas Kecemasan ICT Kebangsaan (NISER) sebagai projek percubaan.

Standard yang dikenali sebagai Pengurusan Keselamatan Maklumat berasaskan BS7799 (berasaskan British Standard) tersebut dikendalikan oleh anak syarikat SIRIM, SIRIM QAS secara percubaan dengan kerjasama NISER.

SIRIM QAS dengan sokongan daripada Kementerian Tenaga, Komunikasi dan Multimedia telah melancarkan Skim Pensijilan Sistem Pengurusan Keselamatan Maklumat tersebut bulan lepas.

Maklumat lanjut boleh diperolehi dengan menghubungi SIRIM QAS melalui e-mel: suren@sirim.my