CyberSecurity raih anugerah khas
24 Dec 2010 (Harian Metro)


E-mel Artikel Cetak Artikel Tanda Artikel Besarkan Saiz Teks Kecilkan Saiz Teks Komen Artikel

CYBERSECURITY Malaysia, agensi di bawah Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (Mosti) diberikan Anugerah Pengiktirafan Khas bagi program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR).

Anugerah itu diberikan Jawatankuasa bagi Kerjasama Belia Asean dan Suruhanjaya Belia Negara Filipina pada Hari Belia Asean ke-16 di Manila, Filipina baru-baru ini.


Pengerusi CyberSecurity, Jen Datuk Seri Azumi Mohamad, menerima anugerah itu. Dalam satu kenyataan di Kuala Lumpur, syarikat itu berkata, anugerah diberikan sebagai pengiktirafan bagi sumbangan, pembabitan dan inisiatif berharga CyberSecurity dalam menjayakan pelbagai program CSR. “Niat kami pada asasnya berbakti kepada masyarakat dan program CSR untuk mendidik rakyat Malaysia supaya menjaga keselamatan dalam dunia siber," kata Ketua Pegawai Eksekutif CyberSecurity, Lt Kol (B) Husin Jazri, dalam kenyataan itu.

Sementara itu, Lt Kol Husin Jazri juga menerima Anugerah CSO Asean 2010 sempena Persidangan CSO Asean 2010 di Bandar raya Ho Chi Minh, Vietnam baru-baru ini.