Jenayah siber meningkat lebih 100 peratus
Utusan Malaysia (1 April 2011)

LUMUT 1 April - Sebanyak 8'090 kes jenayah siber dilaporkan di negara ini dalam tempoh dua bulan tahun ini berbanding 3'064 kes sepanjang tahun lalu.

Pengerusi CyberSecurity Malaysia' Jeneral (B) Datuk Seri Mohd. Azumi Mohamed berkata' peningkatan lebih 100 peratus itu amat membimbangkan dan ia boleh menimbulkan ancaman baru terhadap keselamatan negara jika tidak dibendung.

Beliau menegaskan' antara punca peningkatan tersebut adalah sikap pengguna yang tidak prihatin tentang keselamatan semasa melayari Internet.

"Kita akan memperbanyakkan kempen kesedaran dalam memastikan keselamatan siber agar orang ramai dan pelajar tidak terdedah kepada bahaya apabila melayari Internet'" katanya pada majlis pelancaran Perak Wifi dan Karnival Siber 2011 oleh Menteri Besar' Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir di sini' hari ini.

Hadir sama Ketua Pegawai Eksekutif KPerak' Dr. Ahmad Kamil Mahmood.

Mohd. Azumi berkata' selaku agensi yang dipertanggungjawabkan dalam hal-hal berkaitan keselamatan siber' CyberSecurity memandang serius perkembangan tersebut dan merangka pelan khusus bagi menanganinya.

Katanya' kebanyakan orang tidak sedar mereka terdedah kepada ancaman siber termasuk digodam' ancaman virus serta kata laluan dicuri ketika melayari Internet.

Sehubungan itu' beliau meminta pengguna supaya lebih berwaspada dan berhati-hati bagi mengelak maklumat peribadi mereka dicerobohi ketika menggunakan Internet.