CyberSecurity Malaysia lantik Amirudin Abdul Wahab sebagai CEO
Berita Harian 16 Jan 2013

KUALA LUMPUR: CyberSecurity Malaysia, sebuah agensi di bawah Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI), melantik Dr Amirudin Abdul Wahab sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) baharunya, berkuat kuasa 14 Januari.

Dalam satu kenyataan hari ini, CyberSecurity Malaysia berkata, sebelum pelantikannya itu, Amirudin berkhidmat sebagai Ketua Bahagian Dasar Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) MOSTI sejak Januari 2010.
"Dalam kedudukannya itu, beliau mengetuai program dan aktiviti pembangunan Kluster ICT agensi MOSTI," katanya.