Year 2014



CSM-ACE2014 DIJANGKA LAHIR TAMBAHAN 1,500 PEKERJA BERPENGETAHUAN
08 September 2014 (Bernama)

KUALA LUMPUR, 8 Sept (Bernama) -- Satu program latihan dua minggu yang akan diadakan bersempena dengan Anugerah, Persidangan dan Pameran Cyber Security Malaysia 2014 (CSM-ACE2014), dijangka melahirkan tambahan 1,500 pekerja berpengetahuan yang berupaya mempertahankan organisasi mereka daripada serangan dan jenayah siber.

Cybersecurity Malaysia, dalam satu kenyataan berkata beberapa latihan akan diadakan di Ipoh dan selebihnya di sini bermula 28 Okt-12 Nov, 2014. "Program itu disasarkan untuk mengubah Perak daripada 'negeri bijih timah' kepada negeri berpengetahuan dengan melaksanakan lima inisiatif pengetahuan (K-Kerajaan, K-Ekonomi, K-Prasarana, K-Masyarakat dan K-Pekerja).

-- BERNAMA