Media Coverage
Year 2014
Hacking secara berhemah di UTP-HAX’14 10 September 2014 (theSkop - theskop.com) Bersempena acara CSM-ACE yang akan diadakan di Ipoh, Perak nanti, Universiti Teknologi Petronas (UTP) akan turut mengadakan acara untuk pelajar universiti, iaitu UTP-HAX National Hacking Competition 2014 (UTP-HAX’14). Acara ini diadakan dengan kerjasama dari KPerak, CyberSecurity Malaysia, Yayasan UTP & Alumni UTP, dan disokong oleh EC Council dan UTP Syntech Organisation.
Acara ini telah diumumkan sendiri oleh YAB Dato’ Seri DiRaja Dr. Zambry bin Abd. Kadir, Menteri Besar Perak ketika pra-pelancaran CSM-ACE 2014 di Hotel Royale Chulan Kuala Lumpur. Pertandingan ini akan diadakan di UTP sendiri pada 15 November 2014 dalam bentuk pelbagai peringkat berkumpulan. Pertandingan ini akan dijalankan mengikut peraturan Cyberlympic Hacking Competition yang akan dipantau oleh EC Council. Ia juga akan bertindak sebagai pusingan awal untuk pasukan dari Malaysia dari Kolej dan Universiti untuk melangkah ke peringkat Asia seterusnya ke Pertandingan Hacking Antarabangsa. Peserta perlu menggunakan cara yang kreatif untuk memenangi pertandingan ini. Mereka perlu mengimbas, menguji, menceroboh, bertahan dan menggunakan kreativiti minda mereka untuk menawan sistem tersebut. Ini akan menyemai kreativiti, kerjasama berpasukan, serta inovasi bagi membolehkan pelajar menguji kebolehan mereka untuk bertindak di bawah tekanan dan had masa. Maklumat lanjut bagi pertandingan UTP-HAX’14 ini boleh didapati dari lamanweb mereka di http://utp-hax.utp.edu.my |
|||||