Year 2014



Lapor ancaman siber menerusi aplikasi telefon
10 September 2014 (Harian Metro - www.hmetro.com.my)

KUALA LUMPUR: Mereka yang menerima ancaman siber kini boleh terus membuat laporan menerusi aplikasi terbaharu telefon pintar yang dikenali sebagai Cyber999 App.

Diperkenal dan dibangunkan oleh CyberSecurity Malaysia (CSM), aplikasi itu boleh diperoleh secara percuma bagi sistem pengendalian IOS dan Android.

Ketua Pegawai Eksekutif CSM Dr Amirudin Abdul Wahab berkata aplikasi itu adalah kaedah terbaharu untuk berhubung dengan pasukan pusat bantuan CSM, dan berkemungkinan, ia cara terpantas untuk mendapatkan bantuan kecemasan.

"Sebaik sahaja menerima laporan itu, pasukan berkenaan akan menghubungi pengguna dan membantu mereka menyelesaikan masalah itu," katanya selepas melancarkan aplikasi itu di Wisma Bernama di sini, hari ini.