Tender / Sebutharga

Year 2023



  1. Tawaran berikut adalah dipelawa daripada syarikat-syarikat tempatan yang menawarkan perkhidmatan di bawah :-

 

No

No. Rujukan Dan Tajuk Sebutharga

Kelayakan Petender
(Berdaftar dengan)

Harga Dokumen & Tarikh Mula Dijual

Tarikh & Masa Ditutup

Bill Of Quantities (BQ)

Scope Of Works (SoW) / Terms of Reference (TOR)

1

Tender No.: TB/01/2023


Provision of Medical Insurance Benefit for CyberSecurity Malaysia Employees, Board of Directors and Their Eligible Dependencies for One (1) Year Primary Term and With Option to Extend Up to One (1) Year Secondary Term

Kementerian Kewangan Malaysia


Penyedia Perkhidmatan Insurans yang berdaftar dalam kod berikut :


Kod:
221801


 

RM250.00/set


27 Mac 2023
hingga
14 April 2023

18 April 2023
@ 12:00 tengahari

-

-

2

Sebutharga No.: SH/06/2023


Provision of Development and Implementation Policy and Procedure of Business Continuity Management System (BCMS) In Two (2) Organization for CyberSecurity Malaysia

Kementerian Kewangan Malaysia


Berdaftar dalam salah satu kod bidang berikut :


Kod:
221101/221102/
221110/222704

 

RM100.00/set


27 Mac 2023
hingga
03 April 2023

05 April 2023
@ 12:00 tengahari

 

  1. Dokumen tawaran boleh disemak di laman sesawang di atas dan petender yang berminat untuk membeli dokumen tawaran dikehendaki memaklumkan nama, syarikat dan menyertakan salinan Sijil MoF melalui e-mel kepada pnld@cybersecurity.my. Waktu berurusan adalah pada hari Isnin hingga Jumaat dari jam 9.00 pagi sehingga 5.00 petang sahaja.

 

  1. Penjualan, pembelian dan pembayaran dokumen adalah melalui atas talian. Hanya petender yang layak sahaja akan diberikan maklumat pembayaran. Dokumen tender/sebutharga hanya akan dikeluarkan setelah bukti pembayaran dikemukakan kepada pihak Bahagian Perolehan melalui e-mel.

 

  1. Semua petender dikehendaki mematuhi Standard Operating Procedure (SoP) dan segala arahan berkaitan Pelan Pemulihan Negara (PPN) (Fasa Peralihan ke Endemik) yang berkuat kuasa pada 01 April 2022 sepanjang urusan sebutharga ini.

 

  1. Dokumen tawaran petender yang lengkap hendaklah dimasukkan ke dalam peti tender yang disediakan dihantar di alamat di atas. Jika tender/sebutharga dihantar dengan menggunakan perkhidmatan pos berdaftar/kurier, Petender hendaklah memastikan dokumen tersebut selamat tiba pada alamat yang telah ditetapkan sebelum atau pada Tarikh Tutup tender/sebutharga selewat-lewatnya pada pukul 12.00 tengah hari. Dokumen tawaran petender yang lewat diterima tidak akan dipertimbangkan dan CyberSecurity Malaysia tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan, kelewatan dan sebagainya keatas dokumen yang dihantar melalui pos atau kurier.

 

  1. Semua kos yang berkaitan dengan penghantaran dokumen tawaran adalah menjadi tanggungjawab petender.

 

  1. CyberSecurity Malaysia tidak tertakluk untuk menerima mana-mana tawaran terendah atau sebarang tawaran. CyberSecurity Malaysia berhak untuk membatal/menunda/menggantung tawaran di atas secara keseluruhan atau sebahagian sebelum/selepas tarikh & masa tutup tawaran tanpa menyatakan sebab di atas keputusan tersebut. Sebarang perubahan pada tarikh pembelian dokumen dan tarikh tutup akan dimaklumkan di laman sesawang rasmi CyberSecurity Malaysia Bahagian Perolehan.

 

  1. Maklumat ringkas tawaran di atas boleh dilihat di http://www.cybersecurity.my.