2 Mac 2023
Drama Cyber999 Semai Kesedaran Pengguna Internet Mengenai Kepentingan Keselamatan Siber
Menteri Komunikasi dan Digital, YB Fahmi Fadzil hari ini melancarkan drama Cyber999 terbitan AMK Creative Media Sdn. Bhd. sempena sambutan Hari Keselamatan Internet 2023, Edisi Malaysia. Siri drama ini akan memaparkan 26 insiden berkaitan keselamatan siber yang diilhamkan daripada buku Kisah Benar Cyber999 terbitan CyberSecurity Malaysia (CSM).
----
18 Februari 2023
Jelajah Anti-Scam Kebangsaan Sasar Tingkatkan Pengetahuan Dan Kesedaran Mengenai Jenayah Penipuan Dalam Talian
Menteri Komunikasi dan Digital, YB Fahmi Fadzil hari ini merasmikan Jelajah Anti-Scam Kebangsaan 2023 anjuran bersama CyberSecurity Malaysia, CelcomDigi dan Gabungan Bertindak Anti-Scam (GBAS). Program ini dilaksanakan sempena sambutan Hari Keselamatan Internet (Safer Internet Day - SID) 2023 bertujuan memberi pendidikan dan kesedaran kepada pengguna tentang kaedah mengenali panggilan scam, tatacara serta modus operandi scam yang terkini serta berkongsi tips dan panduan bagi menghindari daripada menjadi mangsa scam atau ancaman siber yang lain.
----