Year 2022



Untitled Document
Title

10 November 2022

Mesyuarat Agung Pasukan Tindak Balas Kecemasan Komputer - Pertubuhan Kerjasama Negara Islam Ke-10 Dan Persidangan Tahunan Ke-14


Malaysia melalui CyberSecurity Malaysia, telah menganjurkan Mesyuarat Agung Pasukan Tindak Balas Kecemasan Komputer - Pertubuhan Kerjasama Negara Islam (OIC-CERT) ke-10 dan Persidangan Tahunan ke-14 bertempat di Muscat, Oman. Tuan rumah kali ini adalah Pasukan Tindak Balas Kecemasan Komputer Oman (OCERT).

 

 

----

 


5 November 2022

Ketua Pegawai Eksekutif CyberSecurity Malaysia Dianugerahkan Ijazah Doktor Kehormat Oleh Universiti Teknikal Malaysia Melaka


Ketua Pegawai Eksekutif CyberSecurity Malaysia, YBhg. Dato’ Ts. Dr Haji Amirudin Abdul Wahab FASc hari ini dianugerahkan Ijazah Doktor Kehormat daripada Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) pada Majlis Konvokesyen kali ke-18 yang berlangsung di Dewan Canselor UTeM.

 

 

----

 



2 November 2022

CamScore Bantu Pengguna Pilih Perakam Terbaik


Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS) dan CyberSecurity Malaysia telah bekerjasama dalam menghasilkan satu program kepenggunaan yang dapat membantu pengguna memilih kamera papan pemuka (dashcam) untuk kenderaan mereka. Program yang dinamakan sebagai “CamScore” atau Dashcam Safety Score Card ini telah melalui fasa penilaian awalan dan versi pertama senarai kamera yang dinilai akan dihebahkan untuk rujukan pengguna. Dengan adanya program “CamScore” ini, para pengguna bukan sahaja dapat mengetahui dengan lebih lanjut tentang kualiti kamera malah pengguna juga dapat memastikan pembelian mereka berbaloi dengan harga.

 

 

----

 



1 November 2022

CyberSecurity Malaysia Dan CGSO Jalin Kerjasama Strategik Teknikal Bagi Memperkasa Keselamatan Siber Negara


CyberSecurity Malaysia, pusat pakar teknikal keselamatan siber dan agensi di bawah seliaan Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (K-KOMM) hari ini memeterai memorandum persefahaman (MoU) dengan Pejabat Ketua Pegawai Keselamatan Kerajaan Malaysia (CGSO) untuk bekerjasama memantap dan memperkasa bidang keselamatan siber termasuk pembangunan kepakaran bagi melestari pembangunan dan kesejahteraan negara.

 

 

----

 



20 Oktober 2022

Sambutan Jubli Perak - CyberSecurity Malaysia Rai 19 Penerima Anugerah Keselamatan Siber Malaysia 2022 Sempena CSM-ACE 2022


Meraikan Sambutan Jubli Perak CyberSecurity Malaysia, pusat pakar dan teknikal keselamatan siber di bawah seliaan Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (K-KOMM) hari ini mengadakan Majlis Makan Malam Gala Anugerah Keselamatan Siber Malaysia 2022.

 

 

----

 



19 Oktober 2022

Pertandingan Wacana Keselamatan ICT Semarak Sikap Etika Siber Dalam Generasi Muda Digital Malaysia


CyberSecurity Malaysia, pusat pakar dan teknikal keselamatan siber di bawah seliaan Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (K-KOMM) hari ini menganjurkan Pertandingan Akhir Wacana Keselamatan ICT Kebangsaan – Piala Cabaran CyberSAFE 2022 (National ICT Security Discourse - CyberSAFE Challenge Trophy), ringkasnya NICTSeD 2022.

 

 

----

 



20 September 2022

Malaysia Kekal Sebagai Pengerusi APCERT


Malaysia, melalui CyberSecurity Malaysia telah dipilih semula secara sebulat suara menyandang jawatan sebagai Pengerusi Pasukan Tindak Balas Kecemasan Komputer Asia (Asia Pacific Computer Emergency Response Team – APCERT) bagi sesi 2022-2023.Malaysia, melalui CyberSecurity Malaysia telah dipilih semula secara sebulat suara menyandang jawatan sebagai Pengerusi Pasukan Tindak Balas Kecemasan Komputer Asia (Asia Pacific Computer Emergency Response Team – APCERT) bagi sesi 2022-2023.

 

 

----

 



13 September 2022

Memorandum Of Understanding (“MoU”) Signing Ceremony Between CyberSecurity Malaysia & MX Global Sdn Bhd


CyberSecurity Malaysia and MX Global Sdn Bhd signed a Memorandum of Understanding (MoU) to collaborate on enhancing the technology of cryptocurrencies and Digital Asset Exchanges (DAXes), as well as spreading awareness among Malaysian investors. The signing ceremony took place at the office of CyberSecurity Malaysia in Cyberjaya.

 

 

----

 



1 Ogos 2022

Pelantikan Pengerusi Baharu Lembaga Pengarah CYBERSECURITY MALAYSIA


Saya ingin memaklumkan pelantikan YBhg. Jeneral Tan Sri Dato' Sri (Dr.) Haji Zulkifeli bin Mohd. Zin (Bersara) sebagai Pengerusi Lembaga Pengarah CyberSecurity Malaysia yang baharu berkuat kuasa 1 Julai 2022.

 

 

----

 



22 Februari 2022

Kajian Tanda Aras Tahap Kesedaran Keselamatan Siber Nilai Status Penggunaan Teknologi Dan Internet Dalam Keluarga Malaysia


Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) melalui agensinya CyberSecurity Malaysia iaitu pusat pakar teknikal keselamatan siber hari ini melancarkan Laporan Eksekutif Dapatan Kajian Tanda Aras Tahap Kesedaran Keselamatan Siber Dalam Kalangan Murid Sekolah dan Ibu Bapa 2021/2022.

 

 

----

 



8 Februari 2022

Hari Keselamatan Internet 2022 – Edisi Malaysia


Hari Keselamatan Internet atau Safer Internet Day (SID) merupakan satu sambutan global yang diraikan pada bulan Februari setiap tahun. Pada tahun ini, Hari Keselamatan Internet peringkat global adalah pada 8 Februari 2022 (Selasa) bertemakan ‘Together for a Better Internet’.

 

 

----